Driver Grab / Teksi

Bab ni ada perdebatan dulu. Teksi cekik darah, Grab lebih transparent. Sampai gaduh-gaduh. Sekarang dah cool. Kita semua patut faham dan terima bahawasanya dunia dah berubah. Alah, macam Nokia dan Kodak jugak. Dulu diidami semua rakyat jelata.
Tapi macam mana pon, kedua-dua Grab dan Teksi ada peminat masing-masing. Teksi tetap mendapat permintaan terutama untuk pergi airport waktu lewat malam & awal pagi. Kedua-duanya saling melengkapi.
Eh, macam dah melalut.
Jangan ingat driver Grab & Teksi ni semuanya tak lepas SRP. Ada yang pegang degree, ada yang berjawatan besar. Tapi depa memandu atas pelbagai sebab, bukan semata-mata untuk mencari makan.
Ada yang buat sebab nak menyembang mencari ilham buat atau perbaiki bisnes. Live customer feedback ni mahal harganya.
Comments
Loading…