Kerja yang tak bermaruah. Ada orang cakap tak lama dulu. Dia tersasul katanya.
Okeh!
Menjadi kelaziman atau lumrah untuk orang kita membanding beza antara satu sama lain. Perangai ni disemai sejak dari kita kecil lagi, dan kita terbawa-bawa sampai ke tua bangka.
“Anak aku dah boleh jalan. Anak hang boleh apa Senah?”
“Anak aku dapat UPSR 5A, anak hang dapat apa Bedah?”
“Anak aku dapat kerja gomen, anak hang kerja apa la ni Kiah?”
Ada antara kita makin tua makin rasional dan tak peduli dah bab membanding beza ni. Tapi ada ramai lagi yang masih maintain dengan perangai pantang kalah depa.
Perangai membanding beza dan memandang rendah kepada orang lain ni bukan perangai yang elok. Elok dijauhkan ada lah. P. Ramlee dah sindir dulu dalam filem Ibu Mertuaku. “Apa?? Ahli muzik??? Teng teng teng”. Tapi biasa lah manusia.
Ini yang membuat kebanyakan dari kita menyanjung tinggi pangkat dan darjat serta harta kebendaaan. Sampai kadang jadi syarat sah boleh kahwin.
Datuk, YB, Menteri, BMW, Manager, rumah banglo, Mercedez – ada benda-benda macam ni, wajib dihormati. Kalau tak ada, kena ushar semacam sajalah. Siap ada yang muncung mulut. Kadang-kadang yang menjeling tu bukan ada apa sangat.
Artikel ini bertujuan untuk mengajak hangpa semua untuk fikir sejenak. Bukan semua orang bernasib baik dapat belajar tinggi. Bukan semua orang orang belajar tinggi dapat kerja bagus. Bukan semua orang kerja bagus tak melingkup di kemudian hari.
Hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang kita kat bawah. Yang penting rezeki datang dari perkerjaan yang halal dan berkat.
Dalam hidup, kita manusia saling bergantungan antara satu sama lain. Kalau semua orang dilahirkan untuk jadi CEO atau Menteri, sapa pulak nak kutip sampah? Tak gitu?
Bencana COVID-19 yang melanda negara sedikit sebanyak dah membuka mata banyak orang. Bila masing-masing yang berstatus dan berkuasa hilang kuasa sebab kena kurung dalam rumah, terpaksa mengharapkan pekerja tak bermaruah untuk memastikan kelansungan hidup.
Jom kita tengok jenis-jenis kerja yang dulu dikeji tapi sekarang dipuji;
Comments
Loading…